Nasihat & Bimbingan

Pakar Penasihat/Kaunselor

  • Puan Norsuhada binti Abdullah
    • Jawatan: Pegawai Psikologi S41
    • Alamat e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    • No. telefon: 013 586 7148 (panggilan/pesanan ringkas/Whatsapp)

Senarai perkhidmatan

  • Nasihat perseorangan (individual counseling)
    • Khidmat nasihat oleh Pakar Penasihat untuk membantu anda memahami dan menyelesaikan sendiri masalah anda.
    • Apa-apa sahaja yang dikongsikan dengan Pakar Penasihat akan dicatat dan disimpan dalam bekas maklumat (file) anda dan tidak akan dikongsikan dengan sesiapa. Semua maklumat tersebut adalah RAHSIA antara anda dengan Pakar Penasihat sahaja.
  • Nasihat berkelompok (group counseling)
    • Sama seperti khidmat nasihat perseorangan.
    • Bezanya cuma anda tidak datang berseorangan tapi dengan rakan-rakan anda, ahli keluarga anda, atau sesiapa sahaja (pendek kata datang berkumpulan).
  • Nasihat kerjaya (career counseling)
    • Bagi yang memerlukan khidmat nasihat dalam memilih hala tuju kerjaya.
  • Ujian Psikologi
    • Untuk lebih memahami diri sendiri seperti perwatakan, minat kerjaya, gaya pembelajaran, dan lain-lain, anda bolehlah menjalani ujian psikologi yang disediakan.
    • Keputusan ujian akan disimpan dalam bekas maklumat (file) anda dan tidak akan dikongsikan dengan sesiapa. Anda dan Pakar Penasihat anda sahaja yang boleh lihat maklumat tersebut.
  • Bimbingan
    • Perbincangan santai mengenai apa-apa yang dikehendaki samaada secara berseorangan atau berkumpulan
    • Maklumat perbincangan tidak dicatat/disimpan.
  • Sumber rujukan
    • Untuk yang mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah bertanya kepada Pakar Penasihat.
    • Pakar Penasihat akan cuba membantu anda sebaik mungkin.
    • Bagi persoalan yang di luar bidang Pakar Penasihat, Pakar Penasihat akan merujuk anda kepada mereka yang berupaya untuk membantu anda.

Perkhidmatan dibuka kepada

  • Pelajar KKGP
  • Kakitangan KKGP
  • Orang Awam

Hari dan waktu bertugas rasmi

  • Isnin hingga Khamis
    • Bertugas: 8 pagi (0800) - 5 petang (1700)
    • Rehat: 1 petang (1300) - 2 petang (1400)
  • Jumaat
    • Bertugas: 8 pagi (0800) - 5 petang (1700)
    • Rehat: 12.15 tengahari (1215) - 2.45 petang (1445)
  • Cuti
    • Sabtu dan Ahad
    • Cuti umum
  • Namun begitu, anda boleh menghubungi Pakar Penasihat pada bila-bila masa melalui pesanan ringkas atau Whatsapp. Pakar Penasihat akan cuba menghubungi atau membalas pesanan anda secepat mungkin.

Lain-lain
Bagi kakitangan KKGP yang berasa kurang selesa untuk berjumpa dengan Pakar Penasihat, boleh juga berjumpa dengan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB).

 

Tarikh akhir kemaskini: Selasa, 20170119

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel: 05-791-6199 / 0299
  • No Faks: 05-791-6399
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat: Kolej Komuniti Gerik, Bukit Nasah, 33300, Gerik, Perak Darul Ridzuan