Kawalan Keselamatan

Peringatan kepada Pelawat:

  • Anda tidak dibenarkan masuk tanpa Pas Pelawat
  • Sila mendaftar di Balai Pengawal Keselamatan untuk mendapatkan Pas Pelawat
  • Sila kembalikan Pas Pelawat sebelum pulang
  • Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, sila dapatkan bantuan daripada Pengawal Keselamatan

Peringatan kepada pelajar yang tinggal di Asrama Seri Kasih Permaisuri:

  • Anda tidak dibenarkan keluar tanpa kebenaran pihak kolej demi menjaga keselamatan diri anda
  • Sila mendaftar di Balai Pengawal Keselamatan untuk mendapatkan kebenaran keluar
  • Untuk mendaftar, pastikan anda membawa bersama Kad Pelajar atau Kad Keluar Bermalam
    • Untuk keluar dan balik pada hari yang sama, anda perlu bawa Kad Pelajar
    • Untuk keluar lebih daripada satu hari, anda perlu bawa Kad Keluar Bermalam yang telah disahkan oleh Pengawas Asrama (Warden)
  • Anda dibenarkan keluar mulai pukul 7 pagi (0700)
  • Pintu pagar akan ditutup pada pukul 10 malam (2200)
  • Sila pastikan anda berada di dalam kawasan KKGP sebelum pintu pagar ditutup bagi mengelakkan sebarang tindakan tatatertib diambil ke atas anda
  • Sekiranya anda perlu keluar/masuk lebih awal atau lebih lewat, sila maklumkan kepada pengawal

Penyelaras:

  • Nama penuh: Siti Nooraini binti Md Shukri (Pensyarah)
  • Alamat e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Sila hubungi Puan Nooraini sekiranya anda perlukan maklumat lanjut atau mahu mengemuka sebarang aduan berkenaan khidmat kawalan keselamatan KKGP

Lain-lain maklumat penting:

  • Selepas waktu pejabat, sekiranya talian telefon KKGP tidak berjawab, panggilan anda akan disambungkan dengan sendirinya ke Balai Pengawal Keselamatan

 

Tarikh akhir kemaskini: Selasa, 20170110

 

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel: 05-791-6199 / 0299
  • No Faks: 05-791-6399
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat: Kolej Komuniti Gerik, Bukit Nasah, 33300, Gerik, Perak Darul Ridzuan