Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)

Pegawai Penyelaras
Puan Norsuhada binti Abdullah

Pengenalan
Penubuhan AKRAB ini bertujuan untuk menjadikan ahli AKRAB sebagai penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia seterusnya menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan keupayaan dan kecemerlangan diri. AKRAB turut ditubuhkan untuk melaksanakan khidmat bimbingan kepada warga kementerian dan membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan kehidupan serta bertindak sebagai perantaraan antara pegawai dengan Pakar Penasihat (Kaunselor/Pegawai Psikologi) dalam membuat saringan kesesuaian masalah. Di samping itu juga AKRAB merupakan penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam.

Di KKGP, ahli AKRAB juga bertugas sebagai pembantu kepada Pakar Penasihat dalam menjalankan pelbagai kegiatan di kolej.

Penyertaan
Syarat menjadi ahli AKRAB:

  • Mempunyai perwatakan yang senang dan selesa didampingi
  • Berminat dengan tugas membimbing/menasihat (counselling) dan sanggup menghadiri kursus berkaitan counselling.
  • Mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi
  • Kebolehan menilai dan menghayati perasaan orang lain
  • Mempunyai kekuatan peribadi yang tinggi seperti jujur dan boleh dipercayai
  • Kebolehan menjadi pendengar yang baik
  • Mempunyai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 80% ke atas
  • Boleh menjadi contoh teladan yang baik kepada ahli yang lain

Sekiranya berminat untuk menyertai AKRAB, sila berjumpa dengan Pegawai Penyelaras.

Lain-lain
Setakat ini, terdapat dua ahli AKRAB di KKGP iaitu:

  • Puan Yuzlin binti Yaccob
  • Puan Raja Salezawti binti Raja 

Sekiranya terdapat sebarang masalah, kakitangan KKGP boleh dapatkan bantuan (bimbingan/nasihat) daripada ahli AKRAB atau Pakar Penasihat (Pegawai Penyelaras).

 

Tarikh maklumat dikemaskini: Khamis, 20170112

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel: 05-791-6199 / 0299
  • No Faks: 05-791-6399
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat: Kolej Komuniti Gerik, Bukit Nasah, 33300, Gerik, Perak Darul Ridzuan