Persatuan Bekas-Bekas Pelajar Kolej Komuniti Gerik, Perak

KEAHLIAN DIBUKA KEPADA SEMUA BEKAS PELAJAR KOLEJ KOMUNITI GERIK YANG TELAH MENAMATKAN PENGAJIAN SEPENUH MASA :)

Sijil Pendaftaran Persatuan Alumni KKGP

KEAHLIAN DIBUKA KEPADA SEMUA BEKAS PELAJAR KOLEJ KOMUNITI GERIK YANG TELAH MENAMATKAN PENGAJIAN SEPENUH MASA :)

Kelebihan menjadi ahli

  1. Berpeluang untuk berjumpa kawan lama melalui aktiviti yang diadakan
  2. Berpeluang mengenali bekas pelajar KKGP yang lain melalui aktiviti yang diadakan
  3. Berpeluang mengenali para pelajar KKGP melalui aktiviti yang diadakan
  4. Berpeluang berkongsi / menyumbangkan kepakaran dan sumber
    • Berpeluang untuk kongsi pengalaman bekerja, peluang pekerjaan, petua kejayaan dan apa-apa sahaja yang dirasakan berguna bersama pelajar dan bekas pelajar KKGP
    • Berpeluang menjadi mentor
  5. Berpeluang mendapatkan mentor dari kalangan bekas pelajar KKGP yang berjaya
  6. Diberi kebenaran untuk menjadi ahli kumpulan tertutup 'alumnikkgp di Facebook
    • Sebarang makluman aktiviti dan iklan pekerjaan dapat disemak dengan segera
    • Dapat berkongsi gambar dan video berkaitan yang mungkin menjadi nostalgia kepada bekas pelajar KKGP
    • Berpeluang berkongsi sebarang maklumat terkini yang dirasakan berguna atau penting
    • Berpeluang untuk berkongsi pendapat peribadi tentang pelbagai isu

Kadar yuran
Hanya bayar RM30 untuk keahlian seumur hidup.

Cara mendaftar

  1. Sila isi Borang Pendaftaran Alumni KKGP <--- klik untuk muat turun
  2. Kemudian hantar melalui emel, kiriman pos atau datang sendiri ke pejabat KKGP untuk diserahkan kepada Pegawai Alumni. Sila semak borang tersebut untuk alamat emel dan alamat surat-menyurat.
  3. Untuk bayar yuran, hanya ada dua (2) kaedah yang diterima secara rasmi iaitu:
    • Pemohon berjumpa sendiri dengan Pegawai Alumni untuk bayar secara tunai.
    • Pemohon hantar wang pos kepada Pegawai Alumni.
    • Jika pemohon ingin menggunakan kaedah lain (contoh: pindahan wang melalui bank), pemohon dinasihatkan agar berhubung sendiri dengan Pegawai Alumni untuk berbincang, mudah-mudahan hajat pemohon ditunaikan.

Mempunyai sebarang soalan?

gambar pegawai

Sila hubungi Encik Nor Hazri Helmy bin Nor Rashid selaku Pegawai Alumni KKGP untuk maklumat lanjut.

Lokasi:
Unit Perhubungan dan Latihan Industri,
(bersebelahan Bilik Pensyarah)
Aras/Tingkat 4,
Kolej Komuniti Gerik,
Bukit Nasah, 33300, Gerik,
Perak Darul Ridzuan.

No. telefon pejabat:
605-791 6199/0299 sambungan 130/156

Alamat emel: 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tarikh maklumat dikemaskini: Rabu, 20160914

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel: 05-791-6199 / 0299
  • No Faks: 05-791-6399
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat: Kolej Komuniti Gerik, Bukit Nasah, 33300, Gerik, Perak Darul Ridzuan