Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA)

Pegawai Penyelaras
Encik Zainordin Zhafran bin Zulkefli

Pengenalan
Institusi Pengajian Tinggi (Universiti / Institut Pendidikan Guru / Politeknik / Kolej Komuniti Malaysia) pada ketika ini giat bekerjasama dengan pasukan berseragam negara bagi menubuhkan pasukan berseragam di institusi masing-masing. Antaranya adalah kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia bagi penubuhan Askar Wataniah dan juga Pasukan Polis Diraja Malaysia dalam penubuhan Kadet Polis serta lain-lain pasukan berseragam yang ada di negara kita.

Sejajar dengan itu, untuk mencapai salah satu daripada LAPAN teras pembangunan Kemahiran Insaniah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah teras kesukarelawan, yang mana pelajar perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik dengan menyertai mana-mana pasukan berseragam agar dapat melahirkan golongan pelajar yang mantap dari segi akademik, fizikal, mental, dan kemahiran insaniah.

Keseimbangan kesemua di atas menjadi tunjang kepada peri pentingnya penubuhan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA). Penubuhan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar itu sendiri, jabatan, universiti, politeknik, kolej komuniti, dan masyarakat.

Matlamat
Penubuhan PISPA sebagai landasan kepada jabatan untuk melahirkan anggota yang berkepimpinan dan berkelayakan dalam Angkatan Pertahanan Awam dengan cara:

  • Menyebar dan mendidik pelajar mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang awam serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seseorang yang berpengetahuan dalam ilmu pertahanan awam.
  • Menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam melalui ilmu pertahanan awam yang diterapkan dan digunakan di peringkat Institusi Pendidikan.
  • Melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dengan Angkatan Pertahanan Awam sebagai pegawai pasukan yang berkepimpinan, bertanggungjawab, dan berkelayakan dalam melaksanakan tugas.
  • Menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, berperikemanusiaan, taat setia dan cintakan negara.

Peruntukan kewangan

  • Kadet PISPA yang telah sah keanggotaannya  layak menerima peruntukan kewangan (allowance) jika mengikuti latihan dan kegiatan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertahanan Awam. Ini tidak termasuk latihan dan kegiatan dalam kurikulum PISPA berkenaan.
  • Pembelian pakaian seragam adalah ditanggung oleh PISPA. Kadet PISPA tidak perlu membayar apa-apa.

Ganti rugi berhubung dengan kecederaan

  • Kadet PISPA digalakkan mengambil insurans secara perseorangan (individual) atau kelompok apabila menyertai latihan dan kegiatan di dalam atau di luar kawasan KKGP. Sekiranya kadet sudah mempunyai insurans yang setaraf atau lebih, kadet bolehlah memohon pengecualian daripada mengambil insurans tersebut; dan
  • Kadet PISPA tertakluk kepada Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) semasa menjalankan latihan dan tugas rasmi.

Tugasan
Kadet PISPA dibenarkan melibatkan diri di dalam khidmat kemanusiaan dan pasca bencana serta tertakluk kepada kelulusan pihak KKGP dan JPAM.

Penyertaan
Pendaftaran untuk menyertai Kadet PISPA adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Pelajar-pelajar yang berdaftar secara sepenuh masa di Institusi Pendidikan
  • Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal (pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan)
  • Kelulusan akademik sekurang-kurangnya PMR/PT3 dan setaraf
  • Tidak menyertai mana-mana badan beruniform yang lain
  • Mendaftar sebagai anggota sukarela Pertahanan Awam
  • Berminat menjalankan tugas secara sukarela.

Namun begitu, secara ringkasnya di KKGP:

  • Terbuka kepada semua pelajar sepenuh masa KKGP
  • Pelajar semester satu diwajibkan untuk menyertai PISPA

Pelajar bukan semester satu yang berminat boleh berjumpa dengan Pegawai Penyelaras untuk mendaftar sebagai Kadet PISPA.

 

Tarikh maklumat dikemaskini: Jumaat, 20170113

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel: 05-791-6199 / 0299
  • No Faks: 05-791-6399
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat: Kolej Komuniti Gerik, Bukit Nasah, 33300, Gerik, Perak Darul Ridzuan