Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)

Pegawai Penasihat
Encik Mohd Husaini bin Mohd Sarudin

Pegawai Penyelaras
Encik Mohd Husaini bin Mohd Sarudin
Puan Aniza binti Anwar

Matlamat

  • Mengasah serta memperkembangkan bakat kepimpinan dan sahsiah diri pelajar ke arah pelapis pemimpin masa depan yang berakhlak serta berkebolehan.
  • Memperkukuhkan semangat kekitaan, perpaduan, dan kebangsaan, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Sebagai perantara pihak pelajar dengan pihak pengurusan Kolej Komuniti Gerik dalam memastikan masalah dan pandangan pelajar dapat disalurkan dan diambil tindakan yang sewajarnya.

 

Penyertaan
Terbuka kepada semua pelajar sepenuh masa yang berdaftar di Kolej Komuniti Gerik KECUALI:

  • Pelajar yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di Kolej Komuniti.
  • Pelajar yang HPNMnya kurang daripada 2.75.
  • Pelajar yang pernah mengulang semester.
  • Pelajar yang sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib.
  • Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tatatertib.
  • Pengecualian di atas adalah terbatal dengan kebenaran Ketua Eksekutif kecuali perkara ‘a’ dan ‘b’.

Sekiranya berminat untuk menjadi ahli, sila dapatkan borang pendaftaran di Unit Pembangunan Pelajar (dulu dikenali sebagai Hal Ehwal Pelajar atau HEP), isi dengan lengkap dan serahkan kepada Pegawai Penasihat atau Penyelaras.





Tarikh maklumat dikemaskini: Khamis, 20170105

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel: 05-791-6199 / 0299
  • No Faks: 05-791-6399
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat: Kolej Komuniti Gerik, Bukit Nasah, 33300, Gerik, Perak Darul Ridzuan