Kenali Kolej Komuniti Gerik (KKGP)

Secara ringkasnya...

Selamat datang ke KKG

Kolej Komuniti Gerik, Perak (KKGP) merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kami mula beroperasi pada tahun 2003 di Sekolah Menengah Teknik Gerik, Perak dan telah berpindah ke tapak kami sendiri di Kampung Tawai, Bukit Nasah, Gerik, Perak Darul Ridzuan, pada tahun 2005.

Kini, KKGP berada di bawah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan antara kursus yang ditawarkan di KKGP pada hari ini ialah kursus peringkat sijil dalam bidang Fesyen, Automotif, dan Teknologi Maklumat serta pelbagai kursus pendek mengikut keperluan atau permintaan penduduk setempat.


Nak tahu lebih lanjut? 

Sila tekan pada mana-mana tajuk di bawah untuk membaca maklumat berkenaan tajuk tersebut. 

Ahli Pengurusan Tertinggi KKGP

Pengarah, TPA, TPP KKGP

Cogan Kata KKGP

Satu Pendekatan Pendidikan dan Latihan Bersepadu

Jaminan Mutu Pengurusan

Kolej Komuniti Gerik (KKGP) sentiasa bersungguh-sungguh dalam membangunkan keupayaan pelajar ke arah kecemerlangan dalam bidang masing-masing melalui penambahbaikan mutu pengurusan yang dilakukan secara menyeluruh, berterusan serta patuh Syariah. Usaha kami diiktiraf oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. melalui penganugerahan sijil dalam pengamalan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 & MS 1900:2005 dari segi Pemberian Latihan Teknikal dan Vokasional di Peringkat Sijil dan Sijil Modular Kebangsaan sejak tahun 2011.

KKGP diiktiraf sebagai kolej komuniti terbaik di Malaysia

SIRIM mengiktiraf kualiti pengurusan di KKG


Matlamat (Misi, Visi, Fungsi)



misi

fungsi

visi




Catatan Pentadbir Laman
Mengikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, perkataan lestari secara ringkasnya membawa maksud tidak berubah, kekal, tetap, terpelihara seperti yang asal (sumber: prpm.dbp.gov.my). Namun begitu, tanpa penerangan lanjut, agak sukar untuk memahami makna "melestarikan PSH" seperti yang dinyatakan dalam Misi KKGP di atas. Oleh itu, saya telah menghubungi Unit Kualiti KKGP untuk mendapatkan penjelasan. Berdasarkan maklumat tersebut, "melestarikan PSH" yang dimaksudkan di sini merujuk kepada pemeliharaan atau pengekalan budaya mencari ilmu tanpa mengira usia dikalangan penduduk tempatan. Harap maklum.



 

Nilai Teras Warga KKGP

Nilai We Care


W : Wisdom (Kebijaksanaan)
Dalam membuat keputusan, warga KKGP mestilah berfikiran secara adil dan rasional supaya hasilnya akan meningkatkan mutu perkhidmatan. Etika dan akhlak Islam merupakan satu kebijaksanaan berbentuk amalan. Ia diamalkan oleh semua warga KKG.

E : Empathy (Empati)
Warga KKGP dapat merasakan perasaan yang sama dialami oleh masyarakat yang memerlukan pertolongan seterusnya cuba membantu mencari jalan menyelesaikan permasalahan tersebut.

C : Caring (Prihatin)
Warga KKGP sentiasa peka terhadap keperluan pelanggan dan akan membuat penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan kepuasan pelanggan.

A : Accountability (Akauntabiliti)
Warga KKGP melaksanakan tugas-tugas yang telah diberi dan memastikan matlamat serta objektif tugas tersebut tercapai. Tugas yang mesti dijalankan mengikut 'time frame' yang ditetapkan dan menepati masa.

R : Respect (Hormat-menghormati)
Warga KKGP mengamalkan sikap hormat-menghormati diantara staf dan pelanggan bagi melahirkan suasana kerja yang harmoni. Budaya memberi salam digalakkan dan diamalkan oleh seluruh warga KKG.

E : Efficient (Efisyen)
Warga KKGP dapat menjalankan semua tugas yang diamanahkan secara sistematik sehingga tugas tersebut memberi impak positif kepada komuniti dan negara.

We Deliver Only The Best

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

  1. Proses pendaftaran pelajar dalam keadaan biasa diselesaikan pada hari yang sama pelajar mendaftar.
  2. Proses PLTV dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan mengikut Kurikulum dan Takwim P&P.
  3. Setiap aduan pelanggan yang relevan akan diambil tindakan (dalam tempoh 14 hari).
  4. Setiap modul diajar oleh tenaga pengajar yang berkelayakan.

Laporan Prestasi Pencapaian Piagam Pelanggan

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan 2016
Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan 2015
Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan 2014
Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan 2013
Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan 2012


Sejarah (Logo Rasmi Kolej)



LAMBANG KHAS KKGP 

Logo keenam KKGP
(03 Disember 2015 sehingga kini)

LAMBANG YANG PERNAH DIGUNAKAN

Logo pertama KKGP
(Sebelum tahun 2007)

Logo kedua KKGP
(Mulai tahun 2007)

Logo ketiga KKGP
(Mulai tahun 2010)

Logo keempat KKGP
(Mulai 15 Disember 2011)

Logo kelima KKGP
(Mulai tahun 2012)

Sejarah (Pengarah KKGP)



PENGARAH

Pengarah ketujuh KKGP
HAJI AHMAD RIZAL BIN OMAR
(01 Ogos 2016 sehingga kini)

MANTAN PENGARAH

Pengarah pertama KKGP
HAJI ZAINAL ABIDIN BIN ABD. LATIF
(01 Januari 2004 - 04 Ogos 2006)

Pengarah kedua KKGP
HAJI ZAIRON BIN MUSTAPHA
(01 November 2006 - 16 Mac 2011)

Pengarah ketiga KKGP
AHMAD YASRUDDIN BIN MD YASIN
(01 Jun 2011 - 16 Disember 2012)

Pengarah keempat KKGP
CHE MUKHTAR BIN BAKAR
(02 Januari 2013 - 31 Mei 2013)

Pengarah kelima KKGP
MOHD AZLI BIN ADNAN
(19 Jun 2013 - 31 Julai 2014)

Pengarah keenam KKGP
YUSOP BIN PAAL
(01 Ogos 2014 - 31 Julai 2016)

Sejarah dan Pencapaian KKGP



05 Julai 2000
Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandom No. 398/2225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan dan bersetuju dengan konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen

01 Mac 2003
Kolej Komuniti Gerik (KKG) mula beroperasi di Sekolah Menengah Teknik Gerik, Gerik, Perak

17 Jun 2003
Pengambilan kumpulan pertama pelajar seramai 30 orang yang mengikuti kursus Sijil Teknologi Maklumat dan melibatkan 5 orang tenaga pengajar

27 Mac 2004
Kolej Komuniti bertukar jabatan dan kementerian dari Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) berikutan rombakan kabinet oleh Mantan Perdana Menteri ke-5 Malaysia supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibahagikan kepada dua (2) kementerian baru iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)

20 April 2005
Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No. 296/2456/2005 yang dikemukakan oleh Menteri Pengajian Tinggi dan bersetuju supaya Kolej Komuniti menjadi hub pembelajaran sepanjang hayat

Julai 2005
Mula beroperasi di premis tetap seluas 18 ekar di Kampung Tawai, Bukit Nasah, Gerik, Perak bersebelahan dengan MRSM Gerik

Julai 2007
Perasmian Kampus KKGP oleh DYMM Sultan Perak

Julai 2007
Bunga Rafflesia diiktiraf sebagai ikon KKGP dengan nama Rafflesia Azlanii

Julai 2007
Pelancaran Portal Kampung (e-Komuniti) untuk semua kampung dalam daerah Hulu Perak

Julai 2007
Membantu para pengusaha ikan pekasam di Gerik dengan mempromosikan ikan pekasam ke seluruh negara

September 2007
Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti telah ditukarkan kepada Sektor Pengurusan Kolej Komuniti, disokong oleh beberapa Bahagian iaitu, Bahagian Pembangunan Akademik, Bahagian Penilaian dan Peperiksaan, Bahagian Kebajikan Pelajar dan Bahagian Pengambilan Pelajar

Oktober 2007
Pengarah KKGP terpilih sebagai pengerusi pertama Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM)

Oktober 2007
Pertandingan Inovasi, Rekacipta dan Kemahiran (Inoreka) yang pertama

Oktober 2007
Program Anak Angkat teramai dan tercatat dalam Malaysian Book of Records

Februari 2009
Program Celik Al-Quran bagi kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun

15 September 2009
Kolej Komuniti bukan lagi di bawah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) kerana Sektor Pengurusan Kolej Komuniti telah dinaiktaraf menjadi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dengan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dan ditambah 3 bahagian yang baru iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan Dasar dan Ko-kurikulum dan Bahagian Hubungan Industri, Pengesanan Graduan dan Alumni

Oktober 2009
Ke arah melaksanakan ISO Syariah

Disember 2009
Eksplorasi mempromosikan pelancongan di daerah kecil Lenggong dalam Program Lambaian Tasek Raban

Disember 2009
Shahriman Mohd Mustaza , pelajar KKGP mewakili Kolej Komuniti Malaysia berjaya menawan Gunung Kinabalu dalam Kinabalu Challenge 2009 KPTM

29 Januari 2010
Pelancaran i-Kolej

Januari 2010
Kapsul amanat 2020 oleh Pengarah KKGP

Januari 2010
Perlantikan ADUN Kota Tampan dan Pegawai Daerah Hulu Perak sebagai Duta KKGP

Jun 2010
Kolej Komuniti pertama menjuarai Liga Bolasepak IPT Zon Tengah I 2010

Ogos 2010
Jejak kasih keluarga angkat Inoreka sempena Pelancaran Pelan Pengukuhan Keusahawanan Kolej Komuniti Malaysia

Ogos 2010
Membantu memasarkan produk kopi tumbuk hasil usahawan tempatan ke seluruh negara

Ogos 2010
Pelancaran Pelan Pengukuhan Keusahawanan Kolej Komuniti di Dewan Serbaguna Gerik oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Ogos 2010
Pengarah KKGP dilantik sebagai Pengerusi pertama Pusat Keusahawanan Kolej Komuniti Malaysia (PUSKOM) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Disember 2010
Program Royal Belum Challenge yang melibatkan penyertaan Kolej Komuniti seluruh negara turut disertai oleh Betong Industrial and Community Education College, Thailand, menjadi satu program antarabangsa. Seramai 120 orang peserta telah dibawa melawat Terowong Komunis (Piyamit Tunnel) Selatan Thailand dan Betong Industrial and Community Education College, Thailand

14 Januari 2011
Memperolehi sijil ISO 9001:2008 (Sistem Pengurusan Kualiti) dan 1900:2005 (Sistem Pengurusan Kualiti Menurut Perspektif Islam atau lebih dikenali sebagai ISO Syariah)

Januari 2011
Diiktiraf sebagai Kolej Komuniti terbaik oleh Menteri Besar Perak semasa program bersama rakyat di Dewan Serbaguna Gerik

Februari 2011
KKGP merupakan institusi pengajian yang pertama dalam kumpulan IPTA, Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi yang menerima pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti Menurut Perspektif Islam (MS 1900:2005) dalam skop Pemberian Latihan Teknikal dan Vokasional di peringkat Sijil dan Sijil Modular Kebangsaan dari pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Mac 2011
Menerima anugerah "The Malaysian Book of Records" atas kejayaan sebagai Kolej Komuniti pertama yang menerima ISO 9001:2008 dan MS1900:2005 dalam skop Pemberian Latihan Teknikal dan Vokasional di peringkat Sijil dan Sijil Modular Kebangsaan

Mei 2011
Pengarah KKGP, Tuan Haji Zairon bin Mustapha, dianugerahkan pingat Ahli Mahkota Perak (AMP) sempena Hari Keputeraan Sultan Perak yang ke-83 atas sumbangan beliau kepada Komuniti Hulu Perak

Ogos 2012
KKGP diiktiraf dalam Malaysian Book of Records apabila menjadi Kolej Komuniti yang pertama di Malaysia menerima 2 pensijilan serentak ISO 9001:2008 dan MS 1900:2005

16 Mei 2013
Kolej Komuniti bertukar kementerian dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berikutan penyusunan semula kementerian berkuatkuasa mulai 16 Mei 2013 yang melibatkan penggabungan dan pemansuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menjadi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Februari 2015
Nama Jabatan Pengajian Kolej Komuniti ditukar menjadi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti

28 Julai 2015
Kabinet dirombak. Kementerian Pendidikan dipecahkan kembali menjadi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Julai 2015
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, mengumumkan Kementerian Pengajian Tinggi ditukar nama menjadi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).



Masih ada soalan yang belum terjawab?

Sila hubungi kami melalui talian telefon, faks, e-mel, atau Facebook untuk maklumat lanjut.



 

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel: 05-791-6199 / 0299
  • No Faks: 05-791-6399
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat: Kolej Komuniti Gerik, Bukit Nasah, 33300, Gerik, Perak Darul Ridzuan