Kerahsiaan Maklumat Peribadi

Pengumpulan maklumat

Tiada maklumat peribadi (contoh: nama penuh, nombor telefon, alamat emel) yang dikutip oleh Kolej Komuniti Gerik, Perak (KKGP) melalui laman ini tanpa pengetahuan pengguna.

Jika ada maklumat peribadi yang dikutip oleh KKGP, maklumat tersebut adalah maklumat yang dihantar oleh pengguna secara sukarela kepada KKGP melalui perbualan telefon, kiriman e-surat (e-mail), kiriman pesanan di Facebook, laporan aduan melalui e-Respon, atau lain-lain kaedah yang memerlukan pengguna secara sukarela menyerahkan maklumat tersebut kepada KKGP.

 

Penggunaan maklumat

KKGP akan menggunakan maklumat peribadi yang diterima daripada pengguna mengikut tujuan pengguna menghantar maklumat tersebut kepada KKGP.

Contoh:

  • Mendaftar kursus
  • Menjawab pertanyaan
  • Menyiasat aduan yang dilaporkan pengguna

Namun begitu, KKGP boleh menggunakan semula maklumat tersebut untuk menghubungi pengguna bagi tujuan lain.

Contoh:

  • Menjemput pengguna menyertai kursus pendek yang dianjurkan KKGP
  • Memberi peringatan kepada pengguna berkenaan yuran yang belum dijelaskan

 

Perkongsian maklumat

Maklumat peribadi yang diterima daripada pengguna TIDAK AKAN sama sekali dijual kepada mana-mana pihak.

Walaubagaimanapun, maklumat tersebut boleh diedar atau dikongsi dengan mana-mana badan kerajaan (contoh: Kementerian Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti) atau pihak luar apabila perlu (contoh: untuk tujuan pendaftaran sebagai pelajar kolej, untuk tujuan siasatan aduan yang memerlukan maklum balas atau kerjasama daripada pihak tertentu).

 

Pindaan dasar

Dasar ini boleh dipinda oleh KKGP pada bila-bila masa.

 

 

 

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel: 05-791-6199 / 0299
  • No Faks: 05-791-6399
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat: Kolej Komuniti Gerik, Bukit Nasah, 33300, Gerik, Perak Darul Ridzuan